Kontroversi Sebuah Monumen..!!~

March 5th, 2008

20071017202258_dsc_3351

Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :

Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:
"Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah megah (dengan binaan) masjid."

Keterangan:
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat
berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man. Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim.

Setakat ni tiada penghuni di pulau ni dan spesis yang tinggal di sini pada ketika ini adalah bewok (biawak) dan kera.

Kalau Idris Jusoh memberi alasan perobohan Masjid Desa Makmur Kijal kerana tiada penghuni pun di situ, maka masjid kristal itu sendiri didiami oleh bewok dan kera menjadi alasan ianya
layak dibina.

Apa pun alasannya projek masjid kristal ini adalah bertujuan:-
- Untuk pelancongan.
- Untuk mewujudkan projek kepada Patrick Lim (dengan habuan)
- Untuk bermegah-megah.

Lantas kita renungkan hadith yang tertera di atas. Di manakah kita..??

Peristiwa Pencerobohan Masjid Desa Makmur, RTB Kg. Bujal, Kijal, Kemaman.

Bujalz1 Tanggal 26 Mei 2005 kira-kira pada jam 2.30 petang, kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan rakus merobohkan masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Kampung Bujal, Kemaman. Satu peristiwa yang sangat mengaibkan seluruh umat Islam di negara kita apabila satu pemerintahan yang dikatakan "hadhari" sanggup merobohkan rumah suci bagi umat Islam itu. Kisah yang memberi kesan yang amat mendalam kepada kita itu tidak ubah seperti golongan Yahudi bangsat yang bercita-cita tinggi untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa. Di mana letaknya akal waras kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.?? Mengapa sanggup kita bermegah-megah dengan masjid yang di bina untuk tujuan pelancongan berbanding masjid yang sering di gunapakai oleh masyarakat setempat untuk beribadat, bermunajat kepada Yang Maha Pencipta kita?? Apakah perbezaan antara Masjid Desa Makmur berbanding Masjid Kristal?? Jauh sekali Masjid kristal yang dibina sekarang bakal menjadi kemegahan rakyat terengganu khususnya yang mengimpikan pemerintahan hadhari berbanding masjid yang separuh siap yang terletak ceruk di pinggir bandar itu. Tahniah kepada rakyat Terengganu yang terus-menerus menyokong pemerintahan Hadhari tersebut…!!~

Lihatlah bagaimana seorang pemandu jentolak yang tidak dapat menahan sebak apabila medengar laungan takbir "Allahuakbar" bertalu-talu dari penduduk setempat yang mempertahankan pencerobohan masjid tersebut. Bagaimana dengan anda?? Adakah anda seronok dan santai melihat perkara ini terjadi di negara anda sendiri?? Inginkah anda perkara sebegini berulang di masa hadapan??

Jentolak

Sumber: syinrayafa.blogspot.com  +  tranungkite.net

Jasa Bonda.

March 4th, 2008

Lagu ni berjaya membuatkan hati dan sanubari ku tersentuh. Apa agaknya khabar bondaku di kampung?? Sihatkah beliau. Sungguh aku rindu padamu bonda. Aku rindu pelukanmu bonda. Aku rindu saat manis ketikaku masih kecil dulu. Saat kau melemparkan kasih sayang yang tak berbelah bagi padaku dulu. Semoga pembaca dapat menghayati bait lirik yang disediakan dan kembalilah menjenguk bondamu di kampung menjelang cuti Pilihan Raya ni.. hehehehe.. Hayatilah lirik lagu kumpulan warisan.. Jasa Bonda (Samsiah Binti Ismail)…!!~
Jasa_bonda
Warisan - Jasa Bonda 

Kau Dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Al-Quran versi Flash

March 4th, 2008

Sekadar ingin berkongsi,
berdakwah kepada pembaca semua. Sekiranya anda ada masa terluang, ambillah wuduk dengan sempurna. Maka bacalah kitab suci Al-Quran Al-Karim ini.

Alquran_4

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Sabda Rasullullah S.A.W. :
                                                              أفضل عبادة أمتى تلاوة القرآ
Maksudnya

"Ibadat umatku yang paling utama ialah membaca Al Quran".

Oleh
yang demikian mempelajari Al Quran merupakan kewajipan bagi setiap
mukmin dan ianya hendaklah bermula dari semenjak kecil lagi. Kerana di
peringkat umur 7 tahun kanak-kanak sudah disuruh mengerjakan
sembahyang. Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Suruhlah
anak-anak kamu mengerjakan sembahyang bila mereka sudah berumur 7 tahun
dan pukullah bila mereka tidak mengerjakan sembahyang sudah berumur 10
tahun".

Oleh itu kewajipan ibubapa, mengajar Al Quran kepada anak-anaknya semenjak mereka masih kecil lagi.


Keuntungan
ibubapa yang dapat memandaikan anak-anaknya membaca Al Quran akan
mendapat mahkota di akhirat nanti, Sabda Rasullullah SAW bermaksud : "tidak
ada suatu keuntungan bagi seseorang yang telah menjadikan anaknya
pandai membaca Al Quran kecuali baginya nanti pada hari kiamat akan
diberikan suatu mahkota dari dalam syurga".

Dipetik dari laman web "Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam"

Klik pada link ini dan anda akan terus dapat membaca Al-quran versi digital. Jadikan Al-Quran sebagai amalan harian anda. InsyaAllah..

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Ku Di Halaman Rindu - Lefthanded

March 3rd, 2008

Lagu ni betul-betul membuatkan aku insaf dan terkenangkan si dia (Hanan). Cuba anda hayati bait-bait lirik yang telah di dendangkan oleh kumpulan rock terkenal satu masa dulu, Lefthanded. Mungkin bisa menggamit memoir kenangan silam anda…

Ku Di Halaman Rindu                                                 ~ Lefthanded ~
Lefthanded

Di tengah kepekatan malam

Berdiri aku di halaman rindu

Dihembus kenangan lalu

Menjelmalah seraut wajah

Sekuntum bunga yang pernah ku puja

Tapi layu akhirnya

Ingin ku tembus tembok silam

Dan membaiki kesilapan kita

Yang tiada kita rasa

Dahulu maaf tak bererti

Darah muda menguasai diri

Begitu mudah membenci

Ku di halaman rindu

Hanya berteman

Bunga yang layu

Ku di halaman rindu

Tiada harum

Tiada madu

Oh kesalku membeku di kalbu ( 2X )

Oh kasihku hanyalah untukmu

Pengundi Hantu..??

March 3rd, 2008

Hantu_1
Sejarah sekali lagi terlakar apabila wujudnya pengundi-pengundi hantu pada pilihanraya ke-12 di negara kita. Jika dihitung umur pengundi tersebut, ia mencecah 114 tahun. Satu penemuan yang amat memeranjatkan warga dunia apabila rekod umur tertua yang di pegang selama ini oleh Tomoji Tanabe yang berusia 111 tahun dan dilahirkan pada 18.09.1895 telah dirampas oleh rakyat Malaysia!! Syabas SPR kerana berjaya mencipta rekod dunia yang baru seterusnya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.. Syabas..!!~

Islam Hadhari..??

March 3rd, 2008

Putri_umno_1
Satu perkhabaran yang baik untuk puteri-puteri UMNO. Satu program bacaan Al-Quran yang turut di sertai oleh Ketua Puteri UMNO bahagian Pandan, Zahida Zarik Khan telah diperdengarkan pada sambutan tahun baru 2007. Apa yang lebih menarik, ketua puteri tersebut telah melancarkan satu evolusi baru dalam etika berpakaian dalam Islam ketika membaca ayat suci Al-Quran. Persoalannya, wajarkah beliau berpakaian sedemikian? Seolah-olah mempersendakan hukum hakam yang telah termaktub di dalam Al-Quran.. Pendapat anda??

Realiti Kehidupan 1

February 28th, 2008

Realiti
Kehidupan 1

Suatu hari aku
berjalan jalan menyelusuri bandaraya kuantan menaiki kenderaan yg boleh
dikatakan mewah bagi seorang yang bergelar mahasiswa. Walaupun kenderaan
tersebut hanya berkapisiti tidak melebihi 1000, aku hanya mampu untuk menyewanya
sahaja. Jauh di sudut hati, ingin aku memiliki kereta sedemikian rupa. Lubuk
persinggahan pertamaku bermula di satu syurga idaman muda mudi melempiaskan
waktu-waktu kosong mereka yang tidak lain di pusat membeli belah terkemuka di
bandar Kuantan. Setibanya aku di situ, aku di kejutkan dengan beberapa pemuda
berpakaian ala "funk" sambil mencacak-cacak rambutnya di ibaratkan
tentera rom pada satu masa dahulu. Tidak kurang juga pada pakaian mereka yang
melambangkan satu pemberontakan jiwa yang sedang melanda dalam diri mereka. Bercampur
gaul dengan gadis-gadis belasan tahun bersama mereka riang menikmati arus hidup
yang belum tahu penghujungnya.

 

Aku langkahkan kaki ku
dengan penuh gaya sambil bersiul enak meskipun tiada siapa yang bisa mendengar alunan siulan aku
itu. Saja aku buat begitu untuk menenangkan hati yang gundah gulana kerana
berjalanBertudungmoden keseorangan. Di setiap aras dalam bangunan serba mewah itu di sediakan
beberapa kerusi untuk pengunjung beristrahat setelah penat ke sana ke mari membeli apa sahaja yang dingini.
Sungguhpun begitu, aku hairan. Apa yang dapat aku perhatikan di tempat
persinggahan sementara itu hanyalah sepasang merpati dua sejoli yang sedang
hanyut di landa badai cinta. Boleh dikatakan hampir kesemua kerusi tersebut
dipenuh sang kumbang dan bunganya. Mungkin sudah menjadi lumrah. Manusia
dijadikan berpasang-pasangan. Adalah tidak mustahil semua itu tatkala bumi
sedang menunggu saat kehancurannya. Sekerdip mataku terpandang satu kelibat
ciptaan yang Maha Hebat yang sungguh tidak bisa ku lepaskan pandangan walau
sesaat daripadanya. Ya, aku tahu itu semua nafsu. Meski dibakar nafsu itu
seribu tahun di neraka, masih belum ia mahu menyerah kalah. Wajah ayu yang
dimiliki gadis ala kacukan itu membuatkan aku terhenti seketika. Ternyata sungguh
indah ciptaan Yang Maha Hebat itu sehingga terbitnya gadis misteri tersebut. Tidak
dapat ku sangkal lagi kehebatanNya. Lantera itu membuatkan aku terpaku dan
terfikir sejenak mengapakah si dia berpakaian sedemikian rupa? Masih menutup
aurat. Aku kagum. Tapi masih belum cukup lengkap untuk aku labelkan sebagai
cukup syarat dalam agamaku. Berseluar jeans berbaju kemeja T ketat lengan
pendek meskipun bertudung. Apakah mesej yang sebenarnya ingin ditonjolkan
olehmu wahai si gadis persis bidadari? Aku tak mahu memberi sebarang komen
mengenai itu. Kerna aku juga jahil dalam bidang agama. Aku tinggalkan hidangan
lazat yang kujamah dengan pandangan mataku tadi. Ku teruskan perjalanan menuju
satu tempat ke satu tempat tanpa arah tuju yang tetap. Bosan dengan pandangan
yang serupa setelah berbelas tahun aku di lahirkan di situ, aku membawa
"kuda tungganganku" ke tempat yang lebih tenang. Ingin sekali aku
mencari ketenangan yang hakiki. Tapi di mana?

 

1223411the_sandy_beach_at_teluk_cempedak
Angin pantai menghembus
kuat sambil desiran ombak memukul pantai memecah keheningan petang yang damai. Aku
bawa diriku ke pantai yang tidak putus-putus dikunjungi manusia yang ingin
merehatkan benak mereka setelah puas bekerja siang dan malam. Tidak lupa juga
kepada sang kumbang dan bunga memadu kasih di tempat ini. Aku duduk di salah
satu kerusi besi yang tersergam indah di hadapan pantai yang cantik. Sambil
mataku melihat sekeliling. Indah sungguh ciptaan Mu Ya Rabbi. Sekali lagi aku
memandang beberapa kumbang dan bunga memadu cintanya di pantai ini. Begitu
ghairah mereka ku lihat. Tidak kira usia. Tidak kira bangsa. Tidak kira agama. Paling
menyedihkan aku bila melihat beberapa pasangan yang seagama denganku sedang
asyik berpelukan dan bergurau senda sesama pasanganya. Bukan niat aku untuk
mendengki Apatah lagi cemburu melihat karenah mereka. Cuma kadang-kadang aku
terfikir. Kemana hilangnya nilai-nilai agama mereka? Dari pandangan mata sahaja
sudah cukup membuktikan mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah. Akan
tetapi mengapa masih melakukan sedemikian rupa? Tidak perlulah aku menjelaskan
bagaimana asyiknya mereka melayani asmara. Darah muda memang begitu. Teringat aku akan pesan guru-guru tua. Janganlah kamu
melakukan maksiat. Janganlah kamu melakukan perkara mungkar. Sebaliknya
lakukanlah kebaikan di atas muka bumi tuhan ini. Jauh disudut benakku terfikir,
kenapa harus mereka melakukan perkara sedemikian rupa. Tidakkah mereka tahu
dosa dan pahala? Tidakkah mereka tahu yang halal dan haram? Tidakkah mereka malu
kepada diri mereka sendiri? Tidak pernahkah mereka memikirkan tentang masa
depan mereka? Pepatah melayu ada menyebut, bapak borek anak rintik. Tapi
bagaimana pula dengan emak? Tidakkah apa yang mereka lakukan pada masa sekarang
ini akan turut menjadi ikutan kepada anak-anak mereka nanti? Malah mungkin
lebih teruk daripada ini? Sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, apakah
yang mampu aku lakukan?

 

222381120l
Tuhan berilah aku
petunjuk. Agar bisa ku tembus segala tembok kesesatan ini. Agar bisa ku hapus
segala kemungkaran yang berlaku di hadapan mataku. Sungguh tidak wajar
sekiranya aku hanya duduk berdiam diri. Menanti saat tibanya mungkar dan nakir
menyoal apakah yang telah aku lakukan untuk membasmi gejala-gejala yang
langsung tidak sihat ini. Namun aku pasrah. Aku tidak berdaya untuk menegurnya.
Mungkin sebab itu semakin hari semakin ramai anak-anak muda mula alpa dan
lalai, hanyut ditenggelami arus dosa. Mungkin kerana aku sering mengambil acuh
tak acuh menyebabkan kemungkaran tidak dapat di bendung meskipun di depan
mataku? Jika dahulu aku pernah bersumpah untuk mencegah kemungkaran dan
melakukan kebaikan bersaksikan 30 juzuk
Kitab Suci. Tetapi mengapa aku tidak dapat tunaikan janjiku padaNya? Mengapa
begitu ramai anak-anak muda sekarang sanggup bersumpah dan berikrar tetapi
tidak pernah mematuhi perjanjiannya? Dimana letaknya kejujuran kita sebagai
hamba Allah? Jika benar kita mengaku hanya Allah itu tuhan yang satu, mengapa
kita berpaling daripada tanggungjawab kita sebagai hamba? Sedarkah kita hanya
sekadar hamba yang hina. Seorang hamba. Hanya seorang hamba?

 

BlackRose @}—