Realiti Kehidupan 1

February 28th, 2008

Realiti
Kehidupan 1

Suatu hari aku
berjalan jalan menyelusuri bandaraya kuantan menaiki kenderaan yg boleh
dikatakan mewah bagi seorang yang bergelar mahasiswa. Walaupun kenderaan
tersebut hanya berkapisiti tidak melebihi 1000, aku hanya mampu untuk menyewanya
sahaja. Jauh di sudut hati, ingin aku memiliki kereta sedemikian rupa. Lubuk
persinggahan pertamaku bermula di satu syurga idaman muda mudi melempiaskan
waktu-waktu kosong mereka yang tidak lain di pusat membeli belah terkemuka di
bandar Kuantan. Setibanya aku di situ, aku di kejutkan dengan beberapa pemuda
berpakaian ala "funk" sambil mencacak-cacak rambutnya di ibaratkan
tentera rom pada satu masa dahulu. Tidak kurang juga pada pakaian mereka yang
melambangkan satu pemberontakan jiwa yang sedang melanda dalam diri mereka. Bercampur
gaul dengan gadis-gadis belasan tahun bersama mereka riang menikmati arus hidup
yang belum tahu penghujungnya.

 

Aku langkahkan kaki ku
dengan penuh gaya sambil bersiul enak meskipun tiada siapa yang bisa mendengar alunan siulan aku
itu. Saja aku buat begitu untuk menenangkan hati yang gundah gulana kerana
berjalanBertudungmoden keseorangan. Di setiap aras dalam bangunan serba mewah itu di sediakan
beberapa kerusi untuk pengunjung beristrahat setelah penat ke sana ke mari membeli apa sahaja yang dingini.
Sungguhpun begitu, aku hairan. Apa yang dapat aku perhatikan di tempat
persinggahan sementara itu hanyalah sepasang merpati dua sejoli yang sedang
hanyut di landa badai cinta. Boleh dikatakan hampir kesemua kerusi tersebut
dipenuh sang kumbang dan bunganya. Mungkin sudah menjadi lumrah. Manusia
dijadikan berpasang-pasangan. Adalah tidak mustahil semua itu tatkala bumi
sedang menunggu saat kehancurannya. Sekerdip mataku terpandang satu kelibat
ciptaan yang Maha Hebat yang sungguh tidak bisa ku lepaskan pandangan walau
sesaat daripadanya. Ya, aku tahu itu semua nafsu. Meski dibakar nafsu itu
seribu tahun di neraka, masih belum ia mahu menyerah kalah. Wajah ayu yang
dimiliki gadis ala kacukan itu membuatkan aku terhenti seketika. Ternyata sungguh
indah ciptaan Yang Maha Hebat itu sehingga terbitnya gadis misteri tersebut. Tidak
dapat ku sangkal lagi kehebatanNya. Lantera itu membuatkan aku terpaku dan
terfikir sejenak mengapakah si dia berpakaian sedemikian rupa? Masih menutup
aurat. Aku kagum. Tapi masih belum cukup lengkap untuk aku labelkan sebagai
cukup syarat dalam agamaku. Berseluar jeans berbaju kemeja T ketat lengan
pendek meskipun bertudung. Apakah mesej yang sebenarnya ingin ditonjolkan
olehmu wahai si gadis persis bidadari? Aku tak mahu memberi sebarang komen
mengenai itu. Kerna aku juga jahil dalam bidang agama. Aku tinggalkan hidangan
lazat yang kujamah dengan pandangan mataku tadi. Ku teruskan perjalanan menuju
satu tempat ke satu tempat tanpa arah tuju yang tetap. Bosan dengan pandangan
yang serupa setelah berbelas tahun aku di lahirkan di situ, aku membawa
"kuda tungganganku" ke tempat yang lebih tenang. Ingin sekali aku
mencari ketenangan yang hakiki. Tapi di mana?

 

1223411the_sandy_beach_at_teluk_cempedak
Angin pantai menghembus
kuat sambil desiran ombak memukul pantai memecah keheningan petang yang damai. Aku
bawa diriku ke pantai yang tidak putus-putus dikunjungi manusia yang ingin
merehatkan benak mereka setelah puas bekerja siang dan malam. Tidak lupa juga
kepada sang kumbang dan bunga memadu kasih di tempat ini. Aku duduk di salah
satu kerusi besi yang tersergam indah di hadapan pantai yang cantik. Sambil
mataku melihat sekeliling. Indah sungguh ciptaan Mu Ya Rabbi. Sekali lagi aku
memandang beberapa kumbang dan bunga memadu cintanya di pantai ini. Begitu
ghairah mereka ku lihat. Tidak kira usia. Tidak kira bangsa. Tidak kira agama. Paling
menyedihkan aku bila melihat beberapa pasangan yang seagama denganku sedang
asyik berpelukan dan bergurau senda sesama pasanganya. Bukan niat aku untuk
mendengki Apatah lagi cemburu melihat karenah mereka. Cuma kadang-kadang aku
terfikir. Kemana hilangnya nilai-nilai agama mereka? Dari pandangan mata sahaja
sudah cukup membuktikan mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah. Akan
tetapi mengapa masih melakukan sedemikian rupa? Tidak perlulah aku menjelaskan
bagaimana asyiknya mereka melayani asmara. Darah muda memang begitu. Teringat aku akan pesan guru-guru tua. Janganlah kamu
melakukan maksiat. Janganlah kamu melakukan perkara mungkar. Sebaliknya
lakukanlah kebaikan di atas muka bumi tuhan ini. Jauh disudut benakku terfikir,
kenapa harus mereka melakukan perkara sedemikian rupa. Tidakkah mereka tahu
dosa dan pahala? Tidakkah mereka tahu yang halal dan haram? Tidakkah mereka malu
kepada diri mereka sendiri? Tidak pernahkah mereka memikirkan tentang masa
depan mereka? Pepatah melayu ada menyebut, bapak borek anak rintik. Tapi
bagaimana pula dengan emak? Tidakkah apa yang mereka lakukan pada masa sekarang
ini akan turut menjadi ikutan kepada anak-anak mereka nanti? Malah mungkin
lebih teruk daripada ini? Sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, apakah
yang mampu aku lakukan?

 

222381120l
Tuhan berilah aku
petunjuk. Agar bisa ku tembus segala tembok kesesatan ini. Agar bisa ku hapus
segala kemungkaran yang berlaku di hadapan mataku. Sungguh tidak wajar
sekiranya aku hanya duduk berdiam diri. Menanti saat tibanya mungkar dan nakir
menyoal apakah yang telah aku lakukan untuk membasmi gejala-gejala yang
langsung tidak sihat ini. Namun aku pasrah. Aku tidak berdaya untuk menegurnya.
Mungkin sebab itu semakin hari semakin ramai anak-anak muda mula alpa dan
lalai, hanyut ditenggelami arus dosa. Mungkin kerana aku sering mengambil acuh
tak acuh menyebabkan kemungkaran tidak dapat di bendung meskipun di depan
mataku? Jika dahulu aku pernah bersumpah untuk mencegah kemungkaran dan
melakukan kebaikan bersaksikan 30 juzuk
Kitab Suci. Tetapi mengapa aku tidak dapat tunaikan janjiku padaNya? Mengapa
begitu ramai anak-anak muda sekarang sanggup bersumpah dan berikrar tetapi
tidak pernah mematuhi perjanjiannya? Dimana letaknya kejujuran kita sebagai
hamba Allah? Jika benar kita mengaku hanya Allah itu tuhan yang satu, mengapa
kita berpaling daripada tanggungjawab kita sebagai hamba? Sedarkah kita hanya
sekadar hamba yang hina. Seorang hamba. Hanya seorang hamba?

 

BlackRose @}—




Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind