Kontroversi Sebuah Monumen..!!~
Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :
Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:
"Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah megah (dengan binaan) masjid."
Keterangan:
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat
berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man. Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim.
Setakat ni tiada penghuni di pulau ni dan spesis yang tinggal di sini pada ketika ini adalah bewok (biawak) dan kera.
Kalau Idris Jusoh memberi alasan perobohan Masjid Desa Makmur Kijal kerana tiada penghuni pun di situ, maka masjid kristal itu sendiri didiami oleh bewok dan kera menjadi alasan ianya
layak dibina.
Apa pun alasannya projek masjid kristal ini adalah bertujuan:-
- Untuk pelancongan.
- Untuk mewujudkan projek kepada Patrick Lim (dengan habuan)
- Untuk bermegah-megah.
Lantas kita renungkan hadith yang tertera di atas. Di manakah kita..??
Peristiwa Pencerobohan Masjid Desa Makmur, RTB Kg. Bujal, Kijal, Kemaman.
Tanggal 26 Mei 2005 kira-kira pada jam 2.30 petang, kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan rakus merobohkan masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Kampung Bujal, Kemaman. Satu peristiwa yang sangat mengaibkan seluruh umat Islam di negara kita apabila satu pemerintahan yang dikatakan "hadhari" sanggup merobohkan rumah suci bagi umat Islam itu. Kisah yang memberi kesan yang amat mendalam kepada kita itu tidak ubah seperti golongan Yahudi bangsat yang bercita-cita tinggi untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa. Di mana letaknya akal waras kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.?? Mengapa sanggup kita bermegah-megah dengan masjid yang di bina untuk tujuan pelancongan berbanding masjid yang sering di gunapakai oleh masyarakat setempat untuk beribadat, bermunajat kepada Yang Maha Pencipta kita?? Apakah perbezaan antara Masjid Desa Makmur berbanding Masjid Kristal?? Jauh sekali Masjid kristal yang dibina sekarang bakal menjadi kemegahan rakyat terengganu khususnya yang mengimpikan pemerintahan hadhari berbanding masjid yang separuh siap yang terletak ceruk di pinggir bandar itu. Tahniah kepada rakyat Terengganu yang terus-menerus menyokong pemerintahan Hadhari tersebut…!!~
Lihatlah bagaimana seorang pemandu jentolak yang tidak dapat menahan sebak apabila medengar laungan takbir "Allahuakbar" bertalu-talu dari penduduk setempat yang mempertahankan pencerobohan masjid tersebut. Bagaimana dengan anda?? Adakah anda seronok dan santai melihat perkara ini terjadi di negara anda sendiri?? Inginkah anda perkara sebegini berulang di masa hadapan??
Sumber: syinrayafa.blogspot.com + tranungkite.net
Uncategorized | Comment (1)Jasa Bonda.
Lagu ni berjaya membuatkan hati dan sanubari ku tersentuh. Apa agaknya khabar bondaku di kampung?? Sihatkah beliau. Sungguh aku rindu padamu bonda. Aku rindu pelukanmu bonda. Aku rindu saat manis ketikaku masih kecil dulu. Saat kau melemparkan kasih sayang yang tak berbelah bagi padaku dulu. Semoga pembaca dapat menghayati bait lirik yang disediakan dan kembalilah menjenguk bondamu di kampung menjelang cuti Pilihan Raya ni.. hehehehe.. Hayatilah lirik lagu kumpulan warisan.. Jasa Bonda (Samsiah Binti Ismail)…!!~
Warisan - Jasa Bonda
Kau Dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Al-Quran versi Flash
Sekadar ingin berkongsi,
berdakwah kepada pembaca semua. Sekiranya anda ada masa terluang, ambillah wuduk dengan sempurna. Maka bacalah kitab suci Al-Quran Al-Karim ini.
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html
Sabda Rasullullah S.A.W. :
أفضل عبادة أمتى تلاوة القرآ
Maksudnya
"Ibadat umatku yang paling utama ialah membaca Al Quran".
Oleh
yang demikian mempelajari Al Quran merupakan kewajipan bagi setiap
mukmin dan ianya hendaklah bermula dari semenjak kecil lagi. Kerana di
peringkat umur 7 tahun kanak-kanak sudah disuruh mengerjakan
sembahyang. Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Suruhlah
anak-anak kamu mengerjakan sembahyang bila mereka sudah berumur 7 tahun
dan pukullah bila mereka tidak mengerjakan sembahyang sudah berumur 10
tahun".
Oleh itu kewajipan ibubapa, mengajar Al Quran kepada anak-anaknya semenjak mereka masih kecil lagi.
Keuntungan
ibubapa yang dapat memandaikan anak-anaknya membaca Al Quran akan
mendapat mahkota di akhirat nanti, Sabda Rasullullah SAW bermaksud : "tidak
ada suatu keuntungan bagi seseorang yang telah menjadikan anaknya
pandai membaca Al Quran kecuali baginya nanti pada hari kiamat akan
diberikan suatu mahkota dari dalam syurga".
Dipetik dari laman web "Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam"
Klik pada link ini dan anda akan terus dapat membaca Al-quran versi digital. Jadikan Al-Quran sebagai amalan harian anda. InsyaAllah..
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html
Uncategorized | Comment (0)Ku Di Halaman Rindu - Lefthanded
Lagu ni betul-betul membuatkan aku insaf dan terkenangkan si dia (Hanan). Cuba anda hayati bait-bait lirik yang telah di dendangkan oleh kumpulan rock terkenal satu masa dulu, Lefthanded. Mungkin bisa menggamit memoir kenangan silam anda…
Ku Di Halaman Rindu ~ Lefthanded ~
Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya
Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Begitu mudah membenci
Ku di halaman rindu
Hanya berteman
Bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum
Tiada madu
Oh kesalku membeku di kalbu ( 2X )
Oh kasihku hanyalah untukmu
Uncategorized | Comment (0)Pengundi Hantu..??
Sejarah sekali lagi terlakar apabila wujudnya pengundi-pengundi hantu pada pilihanraya ke-12 di negara kita. Jika dihitung umur pengundi tersebut, ia mencecah 114 tahun. Satu penemuan yang amat memeranjatkan warga dunia apabila rekod umur tertua yang di pegang selama ini oleh Tomoji Tanabe yang berusia 111 tahun dan dilahirkan pada 18.09.1895 telah dirampas oleh rakyat Malaysia!! Syabas SPR kerana berjaya mencipta rekod dunia yang baru seterusnya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.. Syabas..!!~
Islam Hadhari..??

Satu perkhabaran yang baik untuk puteri-puteri UMNO. Satu program bacaan Al-Quran yang turut di sertai oleh Ketua Puteri UMNO bahagian Pandan, Zahida Zarik Khan telah diperdengarkan pada sambutan tahun baru 2007. Apa yang lebih menarik, ketua puteri tersebut telah melancarkan satu evolusi baru dalam etika berpakaian dalam Islam ketika membaca ayat suci Al-Quran. Persoalannya, wajarkah beliau berpakaian sedemikian? Seolah-olah mempersendakan hukum hakam yang telah termaktub di dalam Al-Quran.. Pendapat anda??
