Kontroversi Sebuah Monumen..!!~

March 5th, 2008

20071017202258_dsc_3351

Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :

Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:
"Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah megah (dengan binaan) masjid."

Keterangan:
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat
berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man. Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim.

Setakat ni tiada penghuni di pulau ni dan spesis yang tinggal di sini pada ketika ini adalah bewok (biawak) dan kera.

Kalau Idris Jusoh memberi alasan perobohan Masjid Desa Makmur Kijal kerana tiada penghuni pun di situ, maka masjid kristal itu sendiri didiami oleh bewok dan kera menjadi alasan ianya
layak dibina.

Apa pun alasannya projek masjid kristal ini adalah bertujuan:-
- Untuk pelancongan.
- Untuk mewujudkan projek kepada Patrick Lim (dengan habuan)
- Untuk bermegah-megah.

Lantas kita renungkan hadith yang tertera di atas. Di manakah kita..??

Peristiwa Pencerobohan Masjid Desa Makmur, RTB Kg. Bujal, Kijal, Kemaman.

Bujalz1 Tanggal 26 Mei 2005 kira-kira pada jam 2.30 petang, kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan rakus merobohkan masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Kampung Bujal, Kemaman. Satu peristiwa yang sangat mengaibkan seluruh umat Islam di negara kita apabila satu pemerintahan yang dikatakan "hadhari" sanggup merobohkan rumah suci bagi umat Islam itu. Kisah yang memberi kesan yang amat mendalam kepada kita itu tidak ubah seperti golongan Yahudi bangsat yang bercita-cita tinggi untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa. Di mana letaknya akal waras kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.?? Mengapa sanggup kita bermegah-megah dengan masjid yang di bina untuk tujuan pelancongan berbanding masjid yang sering di gunapakai oleh masyarakat setempat untuk beribadat, bermunajat kepada Yang Maha Pencipta kita?? Apakah perbezaan antara Masjid Desa Makmur berbanding Masjid Kristal?? Jauh sekali Masjid kristal yang dibina sekarang bakal menjadi kemegahan rakyat terengganu khususnya yang mengimpikan pemerintahan hadhari berbanding masjid yang separuh siap yang terletak ceruk di pinggir bandar itu. Tahniah kepada rakyat Terengganu yang terus-menerus menyokong pemerintahan Hadhari tersebut…!!~

Lihatlah bagaimana seorang pemandu jentolak yang tidak dapat menahan sebak apabila medengar laungan takbir "Allahuakbar" bertalu-talu dari penduduk setempat yang mempertahankan pencerobohan masjid tersebut. Bagaimana dengan anda?? Adakah anda seronok dan santai melihat perkara ini terjadi di negara anda sendiri?? Inginkah anda perkara sebegini berulang di masa hadapan??

Jentolak

Sumber: syinrayafa.blogspot.com  +  tranungkite.net




One Response to “Kontroversi Sebuah Monumen..!!~”

  1.   hiDayaT on March 9, 2008 4:57 am

    Gula-gula pilihanraya BN… Allahuakbar!

Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind